Bahasa 中文 English Bahasa Melayu

Jalan yang boss sedang lalui itu, saya pernah lalui.

Semua ini bermula dengan rumah walet ayah saya.

Papan sirip berkulat. Tanya merata-rata, tiada siapa ada jawapan. Saya tidak puas hati. Saya pergi cari sendiri produk anti-kulat, lepas itu minta kilang buat versi khas untuk rumah walet. Itulah produk R&D pertama MDK. Hari ini boss kenal dia sebagai Meranti+.

Dalam 16 tahun ini, industri walet sudah lalui macam-macam naik turun dan perubahan besar. Saya sendiri pernah keluar duit dengan cara yang salah. Tukar suara, lihat walet datang, lepas itu pergi. Saya pun pernah upah orang datang lihat. Duit sudah keluar, walet tidak bertambah.

Jadi kami pusing cara kerja ini terbalik: Diagnosis dahulu, baru bagi cadangan. Jika diagnosis tidak kata perlu, kami tidak jual.

Bukan Malaysia yang kurang walet. Rumah boss yang kurang walet. Ayat ini pedas, tapi dia berita baik. Sebab walet datang ke tidak, kebanyakannya di tangan boss. Satu sahaja syaratnya: jumpa masalah sebenar dulu.

Cikgu MD dengan pengusaha yang datang ke kedai MDK Rak dalam kedai MDK

Siapa kami

MDK Swiftlet, kedai di Sungai Petani, Kedah. Kami bukan penjual peralatan. Yang kami beri ialah penyelesaian yang betul-betul membantu.

16 tahun

buat diagnosis. Setiap hari ada pengusaha datang dan hantar gambar.

“Swiftlet Farming,
A Millionaire to Be”

Penulis. Pernah masuk 10 terlaris MPH.

13,000+

komuniti pengusaha rumah walet, 6 tahun kongsi ilmu percuma.

Barisan produk
R&D sendiri

Swiftpro PA1100 Series, NBH dan Meranti+. Tweeter AU8 yang sudah berhenti keluar pun pernah kami mohon paten.

“Walet sudah beri semua jawapan.
Cuma kita belum faham apa yang dia cuba beritahu.”

MD Koay · Pengasas MDK Swiftlet

Industri pun nampak

Liputan media dan anugerah industri itu semua bonus sahaja. Hasil sebenar ada dalam rumah walet boss.

MD Koay ditemu bual oleh Nanyang Siang Pau
MD Koay ditemu bual oleh Nanyang Siang Pau
MD Koay menerima anugerah jenama industri walet
Menerima anugerah jenama, kategori luar negara
MD Koay terangkan diagnosis di tapak rumah walet
Di tapak rumah walet, terangkan diagnosis
AS SEEN IN
Sin Chew Daily China Press Nanyang Siang Pau MATRADE MPH POPULAR Kinokuniya HRDC JCI Sungai Petani MOF Registered

Bagaimana keadaan rumah walet boss sekarang?

Ambil 3 gambar (lubang masuk burung (LMB), laluan terbang, papan sirip), lepas itu rakam sekali bunyi dalam rumah walet. Kami buat diagnosis percuma.

WhatsApp Diagnosis Percuma · +60 10-332 0573
Scroll to Top
Skip to content